newyear2010Setiap kali kedatangan tahun baru, maka pelbagai azam baru juga muncul di ruang fikiran kita. Syabas diucapkan kepada mereka yang telah berjaya merealisasikan azam tahun lalu dengan sempurna. Kadang kala, malah kerap kali juga azam yang lama masih belum lagi tertunai, sedangkan tahun baru sudah pun menjelma. Oleh itu azam lama yang tertunggak tersebut dijadikan sebagai azam baru untuk tahun berikutnya (renew) bagi menyempurnakan azam lama yang dikira amat penting tetapi tertangguh. Ada pula yang enggan meletakkan azam yang tinggi atau terlalu mencabar dek pengalaman-pengalaman tahun terdahulu yang sering gagal menunaikan azam mereka. Terpulang kepada diri masing-masing untuk meletakkan tahap pencapaian yang diharapkan sebagai azam baru asalkan azam tersebut tidak diluar kemampuan seseorang insan. Apa pun, sebaik-baiknya biarlah pencapaian tahun ini lebih baik daripada tahun lepas samada dari segi usaha keperluan duniawi mahupun ukhrawi.

Pada tahun ini, perbezaan tahun baru Hijrah dan tahun baru Masihi hanya lebih kurang dua minggu sahaja. Oleh itu kita dapat meletakkan azam yang sama pada kedua-dua permulaan tahun baru tersebut, menjadikan azam baru kita lebih kukuh dan menyeluruh. Maka, sama-samalah kita berusaha merealisasikan azam tahun ini dengan lebih yakin. Di samping menempuh tahun baru ini, amat wajar kita memperkasakan ilmu pengetahuan secara holistic agar sebarang usaha ke arah mencapai impian, sentiasa tidak meminggirkan kehendak agama…

..Selamat Maju Jaya.