DOA IBU

 Islamic-2-048[1]

Ini adalah sedutan dari ceramah oleh Al Ustaz Abdullah Mahmud dari unit KAGAT ATM yg bertajuk “Dahsyatnya doa Seorang Ibu”.

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dgn keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila masa ada masa utk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yg baik.

Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang. So, ibu² jgn jatuh air mata ye dan anak jgn bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

Ada 3 mata yg tak dijilat api neraka :-

- Melihat Kaabah sehingga menitis air mata

- Membaca Quran sehingga menitis air mata

- Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur :-

- Anak

- Ibu

- Suami

Selingan : kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami sampai nak bercerai, tengok la muka dia bila dia tidur. Kalau masih terbit perasaan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai. Tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah.

Orang yg selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… Kira tak menangis teruk laa… Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu…

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yg baik teruskan laa… Allah akan bersama, jangan takut.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi. e.g. tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun dah memadai.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yg terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yg terbaik.

Ada kaedah yg mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yg menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah itu dipanggil “wasilah amal”.

- “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.

- Paling banyak buat baik dgn ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ini sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal² yg berkaitan kebaikan yg dibuat kepada ibu kita.

- Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan…

Antara lain yg boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah.

Kalau ditimpa sakit, bacalah “Innalillahiwainnaillaihirojjiun…” then cakap dengan Allah…

- “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yg aku tanggung ini”.

- “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”.

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yg memerlukan.

*** Barang siapa yg tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yg masih hidup makbul untuk orang yg hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yg telah tiada.

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.

Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit…sedih gak laa..

Pi ke pusara mak kita then cakap…”Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “Ayah, saya nak kawin esok, kalau ayah ada pasti ayah akan gembira tengok sayakan…”.

Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata ”celakalah orang ini”. Jadi, jangan lupa bagi salam next time.

Tanda² siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan.

Sesiapa yg bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya…

Bila nak berbelanja @ shopping  always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi, bila orang buta datang masa makan bagi laa duit sebab kita nak cari orang susah untuk sedekah dah amat susah masa skrg and takde masa jadi Allah hantarkan orang² susah ini untuk kita dapatkan pahala!

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yg buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita, baru kita ringan tangan nak bersedekah.

*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak²nya. Jagalah mereka dengan baik InsyaAllah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka, jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu

Jika ada antara kita yg selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.

- Antara gangguan saka, selalu mimpi bayi / budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi / selalu sakit tulang belakang / tulang belakang bengkok / rasa mengantuk selepas asar.

- Saka dipindahkan melalui kasih sayang / harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / amalan / sentuhan

- Symptom dah terkena saka :-

# tak boleh tidur lena, tapi bila dekat azan subuh, senang lena.

# bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.

# susah nak dapat anak, senang gugur.

# ada rasa kelibat orang lalu.

# yg lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

- Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, InsyaAllah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

3 penyakit yg tiada ubat yg penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids dan leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara Islam jugak.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was², bacalah Surah Al-Ikhlas…”Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.

Anak Lari Dari Rumah

Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan Surah Al-Ikhlas setiap hari.

Masa laungan azan yg pertama, panggillah nama anak kita, InsyaAllah akan sampai panggilan kita kepadanya.

Anak Degil

*** Bila anak nak tidur, duduklah di hujung kepalanya dan panggil ROH ANAK.

Ni seram sikit masa nk buat. Heheheee… Mula² je, lepas tu ok.

e.g. Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yg baik , roh yg bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yg taat pada Allah, roh yg sayang sesama manusia.

 You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah…just try and see!

So, info dah disampaikan, marilah kita sama² praktikkan mana yg bolehkan…

INSYA-ALLAH..

KHASIAT PRODUK KOKO

koko

Koko Sebagai Sumber Tenaga

Koko merupakan bahan makanan berasaskan tumbuhan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, mineral semulajadi dan vitamin yang diperlukan sebagai sumber tenaga untuk proses tumbesaran dan menyumbang kepada keperluan tenaga harian.

Koko Kaya Dengan Bahan Mineral

Koko kaya dengan bahan mineral seperti magnesium, copper, potassium, sodium, calcium, iron, phosphorus dan zinc yang mempunyai peranan pentingdalam fungsi fisiologi tubuh manusia.

Koko Sumber Pelbagai Vitamin

Koko adalah sumber Vitamin E dan B-kompleks (thiamine, riboflavin dan niacin), lemak koko mengandungi Vitamin A dan E manakala coklat susu mengandungi tambahan vitamin iaitu riboflavin dan Vitamin B12.

Koko Berupaya Mengawal Kerosakan Sel dan Tisu Badan

Koko kaya dengan flavanoids iaitu sejenis bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan akibat serangan radikal bebas. Antara kesan serangan radikal bebas ialah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian menunjukkan amalan memakan produk koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit tersebut.

Koko Mampu Mengawal Kerosakan Gigi

Koko mengandungi tannin dan polifenol yang berupaya menghalang pembiakan bacteria Streptococcus mutans dan Streptococcus sanguis yang menyebabkan kerosakan gigi dan mempunyai fungsi antibakteria terhadap micrococcus luteus dan S. aureus yang terdapat pada kulit manusia.

Koko Kaya Dengan Antioksidan

Lemak koko mengandungi 34-36 peratus asid oleic yang boleh berfungsi sebagai perapi, 31-35 peratus asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan Vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.

Koko Bukan Penyebab Penyakit Jantung

Coklat bukan penyebab penyakit jantung kerana lemak koko yang terdapat di dalam coklat mengandungi asid stearik yang tidak memberi kesan keatas kandungan kolesterol dalam darah manakala asid oleio pula berupaya menurunkan tahap kolesterol dalam darah. Oleh itu memakan coklat bukan factor penyebab penyakit jantung.

Koko Mampu Menurunkan Tekanan Darah

Coklat hitam yang mengandungi kandungan serbuk koko yang tinggi dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Koko Meningkatkan Kebolehan Mengatasi Tekanan

Kajian menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa polifenol dapat menghalang perubahan sikap emosi di bawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Koko Melambatkan Proses Penuaan

Penuaan adalah salah satu proses yang disebabkan kerosakan sel oleh radikal bebas. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida dapat berperanan melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas di mana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan sehingga 5-10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epdemiologi dari Havard School of Public Health di Boston, U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polifenol sebagai antioksida di dalam coklat.

Sumber: Lembaga Koko Malaysia

IKHLAS

muslim symbol

ORANG IKHLAS TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas
walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu
saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah
organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata
seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa
bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran
yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak
ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah
berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir
dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan
yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah
digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang
berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika
bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau
mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya
kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi
sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang
anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion
masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.
Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya
sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik
gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat
dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih
anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.
Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi
ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih
sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada
kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri
dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you
give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan
kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi
Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat
saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.
Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan
dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa
yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan
yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta
yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah,
lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat
kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan
dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau
setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong.
Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya
logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi
laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu
tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.
Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan
kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk
membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang
tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan
manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas
kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.
Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu
lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha
Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak
memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang
melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula
kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah
Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia
lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia.
Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang
lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau
gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih
baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang
mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan
hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back…
Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.
Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada
kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki
bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang
lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang
tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi
Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang
sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh
Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi
kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita
buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau
kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan
berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan
berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya
mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang
derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang
tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan
ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar
impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi
peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada
lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Sumber : E-mail