Assalamualaikum wbt..

Penulis lebih suka dikenali hanya dengan nama Laduni. Hanyalah seorang insan yang sedang dalam rangka belajar melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dunia dan akhirat. Di samping perjalanan yang jauh menuju kehidupan yang kekal abadi, dunia yang sementara tidak boleh dibiarkan berlalu tanpa dimanfaatkan sebaiknya untuk kedua-dua kehidupan. Oleh itu, penulis cuba berkongsi maklumat yang dirasakan bermanfaat untuk dunia dan akhirat di dalam blog ini. Berlatarbelakang di dalam bidang Sains Pertanian dan Pembangunan Sumber Manusia, penulis cuba untuk berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan yang boleh digunakan di dalam kehidupan seharian. Juga mempunyai sedikit latar belakang Agama Islam ketika belajar di pondok Sawa Kecil, Pendang, Kedah selain pendidikan formal di sekolah. Semoga apa yang dikongsikan akan memberi manfaat kepada semua pengunjung khususnya diri ini. Wassalam..