AZAM TAHUN BARU

newyear2010Setiap kali kedatangan tahun baru, maka pelbagai azam baru juga muncul di ruang fikiran kita. Syabas diucapkan kepada mereka yang telah berjaya merealisasikan azam tahun lalu dengan sempurna. Kadang kala, malah kerap kali juga azam yang lama masih belum lagi tertunai, sedangkan tahun baru sudah pun menjelma. Oleh itu azam lama yang tertunggak tersebut dijadikan sebagai azam baru untuk tahun berikutnya (renew) bagi menyempurnakan azam lama yang dikira amat penting tetapi tertangguh. Ada pula yang enggan meletakkan azam yang tinggi atau terlalu mencabar dek pengalaman-pengalaman tahun terdahulu yang sering gagal menunaikan azam mereka. Terpulang kepada diri masing-masing untuk meletakkan tahap pencapaian yang diharapkan sebagai azam baru asalkan azam tersebut tidak diluar kemampuan seseorang insan. Apa pun, sebaik-baiknya biarlah pencapaian tahun ini lebih baik daripada tahun lepas samada dari segi usaha keperluan duniawi mahupun ukhrawi.

Pada tahun ini, perbezaan tahun baru Hijrah dan tahun baru Masihi hanya lebih kurang dua minggu sahaja. Oleh itu kita dapat meletakkan azam yang sama pada kedua-dua permulaan tahun baru tersebut, menjadikan azam baru kita lebih kukuh dan menyeluruh. Maka, sama-samalah kita berusaha merealisasikan azam tahun ini dengan lebih yakin. Di samping menempuh tahun baru ini, amat wajar kita memperkasakan ilmu pengetahuan secara holistic agar sebarang usaha ke arah mencapai impian, sentiasa tidak meminggirkan kehendak agama…

..Selamat Maju Jaya.

TERAPI AIR

natural waterAir adalah anugerah Ilahi yang amat penting di dalam kehidupan manusia. Tetapi hanya air yang bersih sahaja diperlukan oleh tubuh untuk manfaat kesihatan.  

TERAPI AIR

Terapi air merupakan amalan meminum air kosong bersih setiap pagi. Dengan hanya amalan meminum air sahaja dapat menyahkan sekurang-kurangnya 30 jenis penyakit. Air yang terbaik adalah air zamzam. Bagaimana? Hanya dengan meminum 1.5 liter air kosong selepas bangun dari tidur waktu pagi, sebelum gosok gigi. Rasionalnya air liur basi yang terhasil semalaman adalah merupakan enzim semulajadi yang tidak ternilai harganya kerana ia bertindak sebagai antibodi terutama di dalam proses penghadaman. Kalau kita perhatikan binatang yang hidup di dalam hutan akan menjilat luka pada anggota badannya, selagi mana dia masih dapat menjilat lukanya, lukanya itu akan cepat sembuh hanya dengan rawatan menggunakan enzim yang ada pada air liur binatang berkenaan. Antara penyakit yang boleh dirawat menggunakan terapi air adalah sembelit, buasir, kencing manis, darah tinggi, kanser, batuk kering ghout dan lain-lain lagi.

 AIR BOLEH MEMUDARATKAN DAN AIR JUGA BOLEH MEMBERI MANFAAT (INSYA ALLAH), TERPULANG KEPADA KEBIJAKSANAAN ANDA UNTUK MEMILIHNYA.

 SEBAIK-BAIKNYA PILIH LAH JALAN YANG BENAR, MINUMLAH AIR BERSIH DAN AMALKANLAH TERAPI AIR….SERTA BERSYUKURLAH DENGAN KEAJAIBAN AIR YANG DIANUGERAHKAN KEPADA KITA…

 PENYAKIT DAN PENYEMBUHAN SEMUANYA DARIPADA ALLAH S.W.T. OLEH ITU SEGALA USAHA HENDAKLAN DISERTAI DENGAN DOA DAN TAWAKKAL..SELAMAT MENCUBA.


banrap5