SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..

Salam Aidilfitri 1431H/2010..

Sempena kedatangan 1 Syawal tahun ini, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan khususnya sepanjang menulis di blog dan e-mail. Semoga hari raya tahun ini disambut dengan lebih bermakna, gembira dan ceria..

“Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegar jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.”

“Setitik embun di atas daun,
Jatuh ke bumi laksana hujan,
Dosa bertimbun mohon diampun,
Terdetik khilaf mohon dimaafkan”

>> SELAMAT HARI RAYA – MAAF ZAHIR & BATIN <<

PETUA SENANG HAMIL

Ebook “Rahsia Mudah Hamil” Khas Buat Mereka Yang Sukar Dapat Zuriat

Berita baik bagi mereka yang belum dikurniakan cahayamata.

Sempena dengan Bulan Jun sebagai Bulan Kesedaran Kesuburan Antarabangsa (World Fertility Awareness Month) satu panduan lengkap ilmu-ilmu tentang kesuburan telah dilancarkan dalam bentuk ebook.

Ebooknya bertajuk ‘Rahsia Mudah Hamil’. Ia ditulis oleh sepasang suami isteri yang pernah mengalami masalah yang sama sebelum dikurniakan zuriat. Ini telah menggerakkan mereka untuk membuat satu kajian yang mendalam terhadap ilmu-ilmu tentang kesuburan. Oleh kerana kedua-dua mereka berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Genetik dan Sains Pemakanan, bukan menjadi suatu masalah bagi mereka untuk mendapatkan maklumat-maklumat dari sumber-sumber yang jarang dicapai oleh kebanyakan orang.

Apa yang menariknya, mereka telah membuat kajian selama 3 tahun sehingga terhasillah suatu bentuk penulisan yang saya rasa merupakan satu sejarah di Malaysia kerana menurut penulis, setakat ini tidak pernah ada satu pun buku lebih-lebih lagi ebook yang ditulis khusus untuk golongan yang sukar dapat zuriat.

Hasil kajian mereka selama 3 tahun itu, mereka telah berjaya menghasilkan satu ebook setebal kira-kira 300 m/s yang penuh dengan informasi dan panduan yang praktikal. Tetapi oleh kerana terlalu tebal, mereka telah mengeluarkan 1 bab dari ebook tersebut untuk diterbitkan sebagai ebook yang kedua nanti. Walaupun begitu, ebook Rahsia Mudah Hamil masih cukup tebal bagi kategori ebook sebab ia berjumlah 212 m/s.

Daripada 212 m/s ebook Rahsia Mudah Hamil itu, penulis telah memetik satu bahagian dari ebok tersebut sebanyak 23 m/s dan diberikan secara percuma dalam bentuk report yang sangat praktikal bertajuk ‘Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’. Ia mula diedar sejak Oktober 2008 dan sehinga Mei 2009 dan telah dimuatturun dan dibaca oleh 1426 orang. Dalam tempoh tersebut, beliau menerima beberapa email daripada pembaca yang memberikan pengakuan ikhlas mereka bagaimana dengan report percuma 23 m/s tersebut, dengan izin Allah swt mereka telah berjaya hamil anak pertama.

Ya..itu hanya 23 m/s. Bagaimana pula dengan 212 m/s. Kata penulis, beliau yakin setiap orang yang membeli Ebook Rahsia Mudah Hamil, sudah pasti mereka akan membeli ebook susulan kedua mereka nanti.

Yang paling menakjubkan, penulis telah membongkarkan sebanyak 15 kaedah untuk mengesan hari-hari subur bagi meningkatkan peluang kehamilan. Sesuatu yang sangat-sangat jarang diketahui oleh semua orang. Semuanya didapati dari sumber-sumber kajian saintifik seperti buku rujukan luar negara dan jurnal-jurnal perubatan.

Di laman jualan tersebut terdapat ulasan mereka yang diberi peluang untuk membacanya lebih awal. Kesemua mereka benar-benar kagum dengan isi kandungan ebook tersebut.

Sebenarnya banyak lagi intro tentang isi kandungannya, kalau anda mahu tahu lebih lanjut, apa kata anda singgah sebentar ke Laman Jualan ebook Rahsia Mudah Hamil dengan klik pada banner di bawah.

KHUTBAH TERAKHIR

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.
Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijrah
di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang. Meminjam duit pulangannya lebih dari yang dipinjamkan ianya riba.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAH KU

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata ku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu

HIKMAH IBADAH HAJI

islamic00039[1]Ibadah haji yang mula dilaksanakan oleh nabi Adam a.s. , membawa erti dan pengajaran yang amat besar kepada manusia sejagat.

Setiap tahun berjuta-juta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia dengan tujuan yang satu berkumpul dan melaksanakan ibadah haji. Kerajaan Arab Saudi terpaksa menentukan ‘quota’ tertentu ke atas negara-negara di seluruh dunia untuk menghadkan jumlah orang yang mengerjakan Ibadah Haji bagi mengelak kesesakan. Ada yang terpaksa menunggu giliran melebihi sepuluh tahun untuk menunaikan Fardhu Haji. Di Malaysia, dimaklumkan oleh pihak Tabung Haji Malaysia bahawa sekiranya seseorang mendaftar pada bulan ini (Januari 2010), dijangka mendapat giliran mengerjakan Haji pada tahun 2029.

Musim haji bagi tahun 1430H/2009M baru sahaja berakhir. Kira-kira 3 juta orang Islam dari seluruh dunia telah selesai mengerjakan ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima. Terbukti, kebesaran Allah s.w.t menjemput hambaNya sebagai tetamu dari berbagai keturunan, warna kulit dan latar belakang. Walaupun dunia digemparkan dengan wabak penyakit H1N1, namun Baitullah tetap penuh sesak dengan manusia yang ingin mengabdikan diri kepada penciptanya. Malah tidak timbul pun masalah merebaknya penyakit H1N1 disebabkan perjumpaan besar umat Islam tersebut.

Hujan yang turun pada tanggal 8 Zulhijjah yang lalu telah menyebabkan banjir di Jeddah malah telah mengakibatkan lebih seratus orang terkorban, pastinya ada hikmah tersendiri di sebalik kejadian tersebut. Bagi orang Arab, mereka tidak pernah menyangkal bahawa hujan yang turun merupakan hujan rahmat dari Allah s.w.t. Akibat daripada hujan yang turun tersebut, di padang Arafah juga turut mendapat manfaat. Hujan yang turun sehari sebelum wukuf di Arafah telah menyebabkan keadaan persekitaran yang terhindar daripada debu. Suasana sepanjang waktu siang yang nyaman, tidak panas sejak dari pagi hingga ke sebelah petang.

Setiap kali musim haji, sejak tanggal 8 Zulhijjah lagi, kebanyakan jemaah haji sudah mula berpakaian ihram. Pada tanggal 9 dan 10 Zulhijjah, tidak seorang pun jemaah haji akan terlepas daripada memakai pakaian ihram. Malah ada di antara jemaah haji berada di dalam pakaian ihram untuk tempoh yang lebih lama atas sebab-sebab tertentu (mengikut syariat) seperti mereka yang memilih Haji Ifrad atau sebagainya. Berpakaian ihram yang seragam melambangkan semua umat manusia samada kaya atau miskin, berpangkat atau tidak, rakyat atau raja, semuanya sama di sisi Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud ”Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu adalah yang paling takwa dari kalangan kamu.”

Amalan haji di Arafah, Mudzalifah dan Mina selama 4-5 hari menuntut jemaah haji supaya sentiasa memberi hak sesama jemaah haji yang lain. Keadaan kekurangan air, tandas yang terhad, makanan yang tidak memenuhi selera dan sebagainya merupakan cabaran dan dugaan. Situasi sebegini juga merupakan penilaian kepada tahap iman jemaah haji tersebut. Di sini, kita boleh menilai diri sendiri dari segi hubungan sesama manusia (hablumminannas). Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bahawa “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.”

Allah s.w.t menjanjikan pengampunan kepada mereka yang menunaikan fardhu haji. Hati akan tunduk kepada kekuasaan Allah, kebesaran Allah s.w.t akan diperlihatkan, terasa betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya.

Semua jemaah haji akan pulang dengan pengalaman dan pengajaran yang tersendiri. Ramai yang menceritakan bagaimana peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas mereka merupakan teguran-teguran ke atas sikap mereka yang tertentu. Pengalaman dan pengajaran tersebut akan memberi kesan membentuk peribadi jemaah haji tersebut kepada yang lebih baik. Mereka yang pernah mengunjungi Baitullah, pastinya menyemat keinginan dan harapan yang tinggi untuk mengunjunginya semula pada masa yang akan datang samada dengan mengerjakan haji atau umrah.

Terima atau tidaknya ibadah seseorang adalah urusan Allah s.w.t, namun sebagai hambanya hendaklah kita berusaha mempersembahkan yang terbaik kepada Pencipta (khaliq) kita. Sehubungan itu, setiap jemaah haji hendaklah memastikan harta yang bersih sahaja digunakan untuk menunaikan Ibadah Haji. Seboleh-bolehnya semua pinjaman-pinjaman yang masih ada, tidak satupun terlibat dengan riba. Selebihnya, kita hanya mampu berserah dan mengharapkan rahmat daripada Allah S.W.T.

Sebagaimana ibadah solat, puasa dan zakat, amalan haji mempunyai hikmah-hikmah tersendiri yang disediakan oleh pencipta manusia. Allah s.w.t adalah pencipta manusia dan Maha Mengetahui apa-apa yang diperlukan oleh manusia dan apakah yang terbaik untuk manusia lakukan serta apakah perkara-perkara yang perlu manusia jauhkan…

Semoga Allah S.W.T mengurniakan haji MABRUR kepada semua jemaah haji bagi musim haji yang baru sahaja berlalu..Wallahu a’lam.