Bangunan yang megah, peralatan yang canggih dan segala prasarana yang baik belum cukup menjamin sesebuah organisasi yang produktif. Syarat utama sesebuah organisasi akan berdiri kukuh dengan jayanya adalah sumber manusia yang efektif. Berkerja secara berpasukan dan mempunyai hubungan yang baik sesama kakitangan adalah antara resipi kemantapan sesebuah organisasi.

Walaupun agak sukar untuk menyempurnakan kedua-dua perkara tersebut, pihak pengurusan organisasi mampu memupuknya melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan baik. Kursus, seminar atau berbagai aktiviti bersama boleh dianjurkan bagi meningkatkan semangat kerja berpasukan serta saling hormat menghormati.

Pendek kata sekiranya seluruh kakitangan dapat berkerjasama antara satu sama lain, maka pihak pengurusan organisasi mempunyai lebih banyak masa untuk focus kepada sasaran dan produktiviti organisasi.