bankruptcyAdakah anda perasan, apabila seseorang sudah bebas daripada hutang iaitu telah menyelesaikan hutang-hutangnya, adalah amat sukar untuk tidak meminjam semula… Anda perlu terus berdisiplin dan mengamalkan tabiat yang baik.

Berikut adalah beberapa tips bagi mengelak berhutang:

1.Jangan membeli sesuatu yang anda tidak perlu. Jika anda tidak pasti, tunggu beberapa minggu adakah anda masih memerlukannya. Jika jawapannya TIDAK, bermakna sebenarnya anda tidak memerlukannya.

2. Membuat belian hanya dengan menggunakan tunai atau kad debit.. Pastikan anda hanya menggunakan kad kredit jika sekiranya anda BENAR-BENAR MAMPU membayar penuh baki setiap bulan.

3. Mulakan satu rancangan simpanan dengan menyimpan sejumlah wang setiap bulan dengan berdisiplin walaupun sedikit. (persiapan mengelak hutang sekiranya ada sesuatu keperluan di luar jangka)

4. Jika anda berkeinginan kepada sesuatu barang atau keperluan yang diluar keperluan bulanan, cuba seboleh-bolehnya menyimpan wang setiap bulan atau memperolehi sumber pendapatan lain untuk tujuan tersebut, Elakkan membeli sesuatu yang di luar kemampuan anda.

5. Senaraikan barang keperluan untuk membeli-belah di rumah. Elak daripada menyenaraikannya setelah berada di pasaraya. (Ini bagi memastikan anda akan membeli sesuatu yang perlu sahaja)

6. Sentiasa mengkaji semula pendapatan-perbelanjaan bulanan bagi memastikan tidak berlaku perbelanjaan melebihi pendapatan. Sekiranya berlaku, anda perlu menstruktur semula sistem kewangan anda.

Dari Abdullah bin Amar bin As meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:

“Diampunkan segala dosa-dosa orang yang mati syahid kecuali hutang”
(Hadis Riwayat: Muslim)

Bukanlah niat saya hendak menakut-nakutkan tetapi hanya sebagai peringatan khususnya di ambang hari raya ni.. Ada sesetengah orang yang terlebih belanja untuk hari raya sehingga terpaksa berhutang.

Tips Belanja Raya:

1. Tetapkan  peruntukan RAYA berdasarkan kemampuan sendiri

2. Melakukan perbandingan harga, dapatkan barangan keperluan di kedai atau pasaraya yang menawarkan harga yang lebih rendah dengan mutu yang sama.

3. Bawa wang secukupnya berdasarkan perancangan. Jika bawa wang lebih, ehemm.. ringan je tangan nak belanja bagi perkara yang bukan keperluan (iaitu barangan ‘kehendak’) 

Semoga tips yang diberikan dapat memberi sedikit manfaat untuk hidup yang lebih baik…